Saya ingin menceritakan tentang seorang sahabat saya yang mulai kehilangan semangat dan keyakinan untuk terus belajar kerana takut akan masa depannya yang dia sendiri tidak yakin apakah kesudahannya.
Dia takut kerana dia melihat ada satu perlumbaan yang berlaku di hadapan matanya iaitu semua orang berlumba-lumba untuk menjadi yang terbaik. Dan dia merasakan dia semakin tertinggal di belakang dan menjadi semakin takut sekiranya dia jatuh di tengah-tengah perjalanan itu. Sehingga dia mulai berfikir untuk berhenti daripada semua ini dan ingin mengambil keputusan untuk membunuh diri.
Nasihat terbaik yang saya mampu berikan adalah dia harus memikirkan apa saja yang dia hadapi sekarang ini hanyalah suatu permulaan untuk dia menempuhi dunia luar kelak dan bahawa ada lagi orang yang lebih susah dan lebih menderita daripada dia.
Setelah melihat keadaan teman saya tersebut,saya merenung semula dalam hidup saya sendiri adakah saya sendiri mampu bertahan sehingga ke hujung perjuangan ini. Adakah saya mampu memenuhi impian ibu bapa saya dan seterusnya mencapai apa yang saya inginkan?.
persoalan bg jwpn itu smua ada d tgn kt. ask, seek, knock n u'll b answer. spt jg Dia perna bkata; jgn perna risau tentang apa yg akan kamu pkai mahupun apa yg akan kmu makan esok; sebab smuanya telah di rencanakan olehNya. God bless our journey lano!
ReplyDeletepewiit! ada blog sda dia.. gud2.. :)
ReplyDelete